Baru sahaja tular gambar adiknya, Ruhainies dikatakan hamil kerana terlihat perutnya seakan buncit, kini pelakon Risteena pula terima nasib yang sama. Sebuah portal telah berkongsi gambarnya yang disangka pergi berbulan madu bersama suaminya, Isa Khan sebenarnya hanyalah salah faham. Perkongsian berita tersebut telah menyebabkan media sosial Risteena dibanjiri komen-komen dari warganet.
Risteena bagaimanapun telah menjawab dakwaan spekulasi dan dakwaan tersebut secara terus kepada warganet dan menafikan bahawa dia dan Isa Khan merentas negeri untuk menikmati percutian bulan madu di Sabah. Risteena atau nama penuhnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas menegaskan yang dia dan suami berada di Sabah atas urusan kerja selain mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Risteena menjelaskan dia telah dapatkan surat merentas secara sah untuk tujuan kerja dan dia juga turut menyatakan bahawa dia yakin pihak polis lebih arif tentang isu ini. Tambah Risteena, dia tidak perlu berkongsi setiap perincian perkongsian di media sosialnya mengenai urusan kerja demi memuaskan hati semua pihak sebaliknya hanya memuat naik perkara yang ingin dikongsi.
Perkongsian itu kemudiannya turut mendapat kecaman hebat daripada warganet yang menyatakan sepatutnya perkara seperti ini tidak perlu dikongsi kepada umum kerana Risteena seorang yang dikenali ramai. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa mereka mahu mengikut pasangan ke tempat kerja supaya dapat berbulan madu sambil bekerja. Sebelum isu ini di jawab, rata-rata warganet di laman Instagram dan Twitter mempersoalkan tindakan pasangan baru ini mendapat kebenaran rentas negeri dalam tempoh PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Ruhainies Dah Pregnant Ke? Tahniah..” Ditegur Mengandung, Risteena Back up Adiknya
“Saya Dah Bersedia Nak Halalkan Risteena, Tapi..”- Isa Menangis Terpaksa Tunda Nikah
Sumber: Instagram Nur Risteena