Menerusi video yang dikongsi oleh @nfy_hck, kelihatan seorang gadis baru sampai di hadapan rumah neneknya.
Oleh kerana neneknya tidak akan mengecam wajahnya yang memakai pelitup muka, dia pun merancang untuk mengenakan si nenek. Dia telah berlakon seolah-olah tidak mengenali neneknya dan mereka bersembang seketika.
Neneknya juga yakin menjawab bahawa dia tidak mengenali orang sedang bersembang dengannya itu. Kemudian, gadis itu pun mendedahkan identitinya dengan berkata “sayalah cucu mak cik”.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila usikan gadis itu mengundang makian yang bertubi-tubi oleh neneknya. Pada akhir video tersebut, mereka berdua dilihat sama-sama ketawa.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
