PETALING JAYA – Inisiatif Sayap Bagimu Fasa 2 anjuran Yayasan AEON Malaysia (MAF) telah menyumbang 2,000 lagi tablet Samsung Galaxy Tab bernilai RM1 juta yang ditaja oleh AEON Co. (M) Bhd.
Tablet tersebut diserahkan kepada pelajar Tingkatan Tiga dari keluarga berpendapatan rendah di Kedah, Perlis, Perak, Selangor, Putrajaya, Kelantan, Melaka, Johor and Sabah.
Sama seperti Sayap Bagimu Fasa 1, sumbangan tersebut lengkap dengan sambungan internet unifi Mobile dan kelas tuisyen online.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin di Institut Pendidikan Guru Malaysia (Kampus Darulaman) di Jitra, Kedah baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, MAF turut menyerahkan sumbangan 500,000 keping pelitup muka kepada Yayasan Didik Negara bernilai RM60,000 untuk diagihkan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Presiden MAF, Datin Noryahwati Mohd. Noh berkata, pihak yayasan amat berbesar hati kerana berpeluang membantu pelajar kurang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: