PETALING JAYA – Suruhanjaya Sekuriti (SC) bakal memperkenalkan proses pemindahan yang dipercepatkan untuk memudahkan kenaikan syarikat awam tersenarai (PLC) Pasaran ACE yang layak ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Rangka kerja yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2024 itu adalah sebahagian daripada pelbagai langkah pasaran modal yang diperkenalkan oleh SC untuk merancakkan pasaran saham dan mengurangkan geseran pasaran.
Pengerusi SC, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, pasaran ACE kekal sebagai sumber pembiayaan penting dalam pasaran modal ekuiti Malaysia, dengan 20 penyenaraian Pasaran ACE mengumpul sebanyak RM1.26 bilion melalui tawaran awam awal (IPO) sehingga bulan Oktober tahun ini.
“Proses pemindahan yang dipercepatkan ini akan memanfaatkan PLC Pasaran ACE yang cukup besar dan layak dengan mempercepatkan pemindahan ke Pasaran Utama untuk kebolehlihatan dan akses yang lebih besar kepada kumpulan pelabur, termasuk pelabur asing dan institusi,” katanya dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
