PETALING JAYA – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini telah mengeluarkan garis panduan mengenai tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal (CMI) yang disemak, bertujuan meningkatkan standard profesionalisme dan integriti CMI dalam industri.
Ia antara lain, mengukuhkan peranan lembaga pengarah dan pengurusan kanan CMI dalam menyemai budaya korporat di mana kepentingan pelanggan diutamakan.
Garis Panduan itu juga menjelaskan jangkaan SC mengenai kewajipan CMI untuk bertindak jujur, adil serta mengelak mengelirukan dan memperdaya pelanggannya dalam apa jua keadaan.
Bab baharu diperkenalkan untuk menangani hal penting seperti layanan terhadap pelanggan yang rentan, serta penyediaan nasihat peribadi dan perkhidmatan berkaitan pasaran modal termasuk melalui platform dalam talian.
Pengerusi SC, Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata, ia merupakan usaha SC ke arah memupuk kepercayaan, integriti dan mengutamakan pelanggan dalam industri pasaran modal dengan, antara lain, meminimumkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: