Ekonomi digital mungkin semakin berkembang, namun tanpa kepercayaan terhadap keselamatan teknologi, pertumbuhan itu berdepan satu cabaran besar.
Perkara itu antara yang dibincangkan dalam program pasca-M360 ASEAN menerusi topik Ekonomi Digital, Keselamatan Asas Kepercayaan, yang menampilkan Penasihat Kanan Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Zurkarnain Mohd Yassin.

Menurut beliau, kepercayaan menjadi asas penting dalam pembangunan ekonomi digital, bukan sahaja daripada sudut pengguna, tetapi turut membabitkan pelabur, syarikat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Beliau berkata, aspek keselamatan teknologi dan kerangka kawal selia boleh mempengaruhi keputusan pengguna untuk menerima pakai teknologi, selain menentukan keyakinan pelabur untuk menyalurkan modal.
“Kepercayaan itu dalam mana-mana aspek pun adalah teras kepada pembangunan ataupun perkembangan, tidak kira sama ada teknologi, penerimaan atau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: