Dalam usaha untuk membanteras ‘jenayah paling berleluasa’ di negara itu, Parlimen Singapura pada Selasa, 4 November telah meluluskan pindaan terhadap undang-undang jenayah yang akan menyaksikan pesalah penipuan (scammer) dikenakan hukuman sebat mandatori.
Di bawah Rang Undang-Undang (Pindaan Pelbagai) Undang-Undang Jenayah, penipu serta individu yang merekrut atau terlibat dalam sindiket penipuan akan dikenakan antara enam hingga 24 sebatan, petik CNA.

‘Money mules‘ atau individu yang membantu melancarkan kegiatan penipuan juga boleh dikenakan hukuman sebat mengikut budi bicara mahkamah, sehingga maksimum 12 sebatan.
Hukuman sebat mandotori ini adalah tambahan kepada hukuman sedia ada bagi kesalahan berkaitan penipuan.
Menteri Kanan Negara bagi Ehwal Dalam Negeri dan Ehwal Luar, Sim Ann, memberitahu Parlimen bahawa mangsa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
