PETALING JAYA – Supercomnet Technologies Bhd (Scomnet) mencatat lonjakan mengagumkan dalam keuntungan bersih sebanyak 30.89 peratus kepada RM33 juta untuk tahun penuh berakhir 31 Disember 2022 berbanding RM25.21 juta pada tahun sebelumnya.
Hasil meningkat 10.24 peratus kepada RM158.33 juta untuk setahun penuh.
Pengarah Urusan Scomnet, James Shiue Jong-Zone berkata, keuntungan setahun penuh itu didorong daripada momentum pertumbuhan Kumpulan daripada pelanggan sedia ada selain sumbangan sulung daripada pelanggan baharu.
Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022, keuntungan bersih bagaimanapun turun 23.11 peratus kepada RM6.09 juta manakala hasil susut 9.3 peratus kepada RM37.35 juta.
Keuntungan yang lebih rendah adalah disebabkan oleh kelewatan daripada pembekal, pelarasan inventori daripada salah satu pelanggannya serta kadar pertukaran mata wang asing yang tidak menguntungkan.
“Kami kekal optimistik dengan prospek jangka pertengahan hingga panjang kumpulan dan akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
