Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Scoot perkenal tema Spider-Man guna pesawat Boeing 787, Airbus 321NEO

today30 June 2026

Background


SINGAPURA – Scoot, anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines terus mencipta kelainan dalam industri penerbangan serantau dengan menawarkan pengalaman unik kepada penumpang menerusi kolaborasi bersama Sony Pictures bagi filem Spider-Man: Brand New Day.

Menerusi kolaborasi itu, penumpang bakal menikmati pengalaman penerbangan unik bertemakan filem ikonik Spider-Man menerusi penampilan istimewa dua pesawat Scoot iaitu Boeing 787 Dreamliner dan Airbus 321 New Engine Option (NEO).

Pesawat Boeing 787 yang turut dilengkapi dengan pelekat dan sarung penyandar kepala khas selain menampilkan muzik daripada filem Sony Pictures Spider-Man: Brand New Day dijadualkan memulakan penerbangan sulung ke Tokyo Haneda hari ini.

Sementara itu, pesawat Airbus 321NEO pula bakal terbang ke Chiang Mai, Thailand pada esok. Kedua-dua pesawat turut dijadualkan beroperasi ke bandar terpilih di Australia, China, Jepun, Filipina dan Thailand sehingga 13 September depan.

Menurut Ketua Pegawai Komersial…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Cunha dikecam sindir Jepun

Houston: Penyerang Brazil, Matheus Cunha mengundang kecaman selepas melakukan isyarat dianggap tidak menghormati pemain Jepun sejurus membantu pasukannya menewaskan Samurai Blue 2-1 pada aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia.

today30 June 2026