
PETALING JAYA – Solar District Cooling Group Berhad (SDCG), penyedia sistem pengurusan bangunan (BMS), sistem terma solar dan perkhidmatan penjimatan tenaga, akan kekal fokus untuk membina platform operasi yang lebih kukuh, memperkukuh pelaksanaan projek dan mengejar peluang pertumbuhan selaras dengan agenda peralihan tenaga Malaysia.
Pengarah Urusan SDCG, Edison Kong berkata, permintaan untuk kecekapan tenaga dan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui terus disokong oleh dasar-dasar negara seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga.
Menurutnya dengan dengan keupayaan teras syarikat dalam BMS, sistem terma solar, perkhidmatan penjimatan tenaga dan penyelesaian PV solar, SDCG berada pada kedudukan yang baik untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan struktur infrastruktur lestari di Malaysia.
Selain itu, perkongsian strategik SDCG dengan Solarvest Holdings Berhad dijangka terus menyokong akses Kumpulan kepada peluang tenaga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: