Kool FM

Sebab ‘Tak Pandai Menipu’, Lelaki Malaysia Ini Kena Pecat Dengan Sindiket Scam Selepas 3 Hari


Sering kali kita dengar pelbagai kisah menyayat hati tentang mangsa sindiket penipuan atau scam yang beroperasi di luar negara.

Tapi, kali ini kisahnya agak berbeza dan boleh dikatakan sedikit melucukan. Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 30 tahun, Yip Chee Min, terpaksa menelan hakikat bahawa nak jadi seorang scammer pun rupa-rupanya perlukan ‘bakat’ tersendiri apabila dia dibuang kerja oleh sindiket penipuan.

Tawaran Gaji ‘Masyuk’ RM40,000 Sebulan

Memetik laporan CNA, Kisah yang unik ini bermula pada Oktober 2024 ketika Yip sedang meluangkan masa di sebuah bar di Kuala Lumpur. Di situ, dia berkenalan dengan seorang lelaki yang dipanggil “Jason”.

Sebab 'Tak Pandai Menipu', Lelaki Malaysia Ini Kena Pecat Dengan Sindiket Scam Selepas 3 Hari

Semasa bersembang, Jason membuka cerita tentang satu peluang pekerjaan di sebuah pusat panggilan scam di Kemboja.

“Aku tak berani nak terima tawaran kerja ni seorang diri, jomlah ikut aku sekali,” lebih kurang begitulah pelawaan Jason yang akhirnya membuatkan Yip bersetuju untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version