Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz mendedahkan dirinya bersama dua ahli kumpulan De Fam yang lain amat menitikberatkan tentang etika pemakaian setiap kali muncul dalam video muzik atau menjayakan persembahan.
Artikel Berkaitan: Azira Shafinaz Pernah Dimarahi Pelakon Senior Sampai Menangis – ‘Saya Dipanggil B*doh’
Etika pemakaian

Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan, 34, berkata, mereka sekumpulan lebih selesa mengayakan baju yang tidak terlalu ketat dan mendedahkan aurat.
De Fam memang ada kod etika pemakaian yang kami tetapkan. Terutama salah seorang anggota kami iaitu Cik Manggis yang berhijab, dia tidak selesa jika pakaian yang digayakan terlalu ketat.
Sejak kami muncul dalam industri, De Fam memang menjaga pemakaian kami. Kalau orang tanya macam mana De Fam boleh jaga etika pemakaian tetapi orang lain tidak, saya rasa itu tidak perlu dijadikan isu.
Azira berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Cakenis Athleisure & Cakenis Cup Pickleball Final Match yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: