Mengatasi segala rintangan mendatang, Sebastien Migne akhirnya berjaya membawa pasukan ‘underdog’, Haiti mara ke Piala Dunia 2026.
Buat pertama kali sejak tahun 1974, Haiti akan beraksi di pusingan Piala Dunia selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Nicaragua.
Baca Juga:
Skuad bimbingan Migne itu menamatkan saingan sebagai juara kumpulan yang turut dibarisi Honduras dan Costa Rica, dua pasukan yang berada lebih tinggi dalam ranking FIFA.
Fakta Menarik Tentang Sebastien Migne dan Haiti
Menarik untuk diperkatakan apabila Migne melakar sejarah hebat tersebut walaupun beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke pulau Caribbean itu sejak dilantik sebagai pengurus 18 bulan lalu.
Hal ini kerana Haiti menjadikan Ergilio Hato Stadium di Curacao sebagai gelanggang tuan rumah buat mereka kerana konflik yang masih berlarutan di negara tersebut.
Keadaan itu memaksa skuad kebangsaan Haiti beraksi sebagai tuan rumah di lokasi sejauh 500 batu dari tanah air…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: