Kool FM

Sebuah Kampung Timbul Semula Selepas 30 Tahun ‘Ditelan’ Padang Pasir

Pelik tapi kejadian ini benar berlaku. Sebuah kampung di Oman ditenggelami pasir dan membuatkan Wadi Al-Murr seolah-olah tidak pernah wujud di muka bumi ini 30 tahun lalu. Menurut laporan, ketika kampung tersebut ditenggelami pasir mereka tiada pilihan untuk keluar dari kawasan tersebut dan tinggalkan kampung itu.

Baru-baru ini penduduk kampung tersebut pergi melawat semula tapak tersebut dan mendapati Wadi Al-Murr telah muncul semula setelah 30 tahun hilang dari muka bumi ini. Keajaiban ini telah membuka mata penduduk di situ bahawa tiadaapa yang mustahil dan situasi itu telah menggamit kembali kenangan suka dan duka penduduk lama kampung tersebut.

Difahamkan, tapak permukaan bumbung rumah-rumah tersebut timbul di beberapa kawasan menjadi saksi kepada mereka yang pernah tinggal di kampung ini. Tambah laporan, kejadian ini berlaku akibat perubahan perubahan iklim yang menyebabkan padang pasir membesar di seluruh dunia dan tiada apa yang boleh dilakukan oleh penduduk yang terlibat ketika itu selain menyelamatkan diri.

Kampung ini terletak di sebuah lembah sejauh 400km dari bandar Muscat, kampung Wadi Al-Murr dan ianya agak terpencil dan hanya boleh sampai di situ dengan melalui jalan yang kasar. Namun kampung ini telah menjadi tarikan pelancong terutamanya buat mereka yang mempunyai feeling nostalgia. Seni binaan yang tradisional juga menarik perhatian photographers di negara tersebut.

Sebagai informasi tambahan, ada sebuah masjid terletak di tengah-tengah kampung tersebut dan ianya mempunyai 30 buah rumah dan 150 penduduk satu ketika dahulu. Apa yang mengagumkan mengenai sejarah kampung ini adalah bagaimana bencana alam boleh memadap seluruh kampung dari muka bumi dan timbul semula selepas 30 tahun.

Sesungguhnya setiap kejadiannya telah ditentukan oleh-Nya. Siapa boleh sangka selepas 30 tahun ia hilang kini kembali dan segalanya elok terletak seperti dahulu. Mungkin perkampungan ini boleh menjadi salah satu kisah sejarah dunia selepas ini atau mungkin juga penduduknya yang sebelum ini boleh pindah masuk semula kediaman mereka masing-masing seperti 30 tahun dahulu betul tak?

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pelik Tapi Benar! Budaya Di Uganda, Si Isteri Perlu Susukan Suaminya

Pelik Tapi Benar, Wanita Ini Alergik Dengan Air Walaupun Dengan Air Liur & Peluh Sendiri

Sumber: Arab News

Exit mobile version