Site icon Kool FM

Sebuah syarikat usaha sama MRL, CCCC bakal ditubuhkan


PETALING JAYA – Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) ingin menegaskan semula bahawa, tiada perubahan pada rancangan kerjasama dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) pasca pembinaan seperti yang dimeterai dalam Memorandum Persefahaman (MoU) untuk fasa pengurusan, operasi, dan penyelenggaraan (MOM) ECRL pada April 2019.

Pelan ini juga selaras dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semasa Sesi Kamar Khas Parlimen baru-baru ini yang mana beliau memaklumkan bahawa MRL dan CCCC akan berkongsi kos untuk operasi ECRL serta memudahkan pertukaran pengetahuan teknikal dan kepakaran.

MRL adalah pemilik projek ECRL manakala CCCC adalah kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi projek tersebut. 

Menurut kenyataan MRL, bagi  operasi ECRL seterusnya, sebuah syarikat usaha sama antara MRL dan CCCC akan ditubuhkan dan perjanjian Pemegang Saham antara kedua pihak itu bagi  penubuhan syarikat usaha sama untuk mengambil peranan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version