Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sedang Bergelut Membayar Saman, Bekas Bintang Barcelona Kerja Di Kedai Barangan Sukan

today28 February 2026

Background
Mathieu barcelona


Bekas pemain Barcelona, Jeremy Mathieu mengakui bahawa dia sedang bekerja di sebuah kedai barangan sukan ketika dia sedang dalam tekanan dan berusaha menyelesaikan masalah hutangnya.

Mathieu menegaskan bahawa dia sedang berdepan dengan saman dan menghadapi tekanan secara mental untuk mengatasinya. Oleh sebab itu Jeremy Mathieu bekerja di kedai barangan sukan.

Mathieu berkata kepada BeIN Sport:”Saya sedang bekerja dekat kedai sukan Intersport, sebab ada sesuatu menimpa hidup saya yang menjerumuskan saya ke dalam banyak masalah.

“Saya hanya boleh katakan bahawa sekarang saya sedang berdepan dengan tindakan mahkamah. Saya tak akan bekerja di tempat itu selamanya.

“Saya bekerja di sini bukan untuk menyelesaikan masalah kewangan saya. Sebaliknya saya mahu merasai kehidupa sosial saya, dengan keluar rumah dan bergaul.”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post

Sukan

Revolusi VAR di Piala Dunia 2026

London: Piala Dunia kali ini bakal menyaksikan perubahan besar apabila badan penggubal undang-undang bola sepak, Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) meluaskan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) termasuk bagi kes kad kuning kedua dan sepakan penjuru.

today28 February 2026