Kota Samarahan: Lelaki hanya menyedari anaknya yang berusia empat tahun hilang selepas melihat gambar kanak-kanak itu tular di Facebook (FB).
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Suprintendan Sudirman Kram berkata, kejadian itu berlaku pagi hari ini selepas kanak-kanak lelaki terbabit ditemukan oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan.
Menurutnya, kanak-kanak berkenaan ditemukan merayau sendirian di Taman Stigang di sini.
Katanya, anggota MPV…