Site icon Kool FM

Sedar Diri Suara Tak Sedap Ketika Live, Wanna Ali Nekad Berhenti Jadi Penyanyi


Wanna Ali mungkin artis paling jujur tahun ini kerana dia sendiri mengakui dia memiliki suara tak sedap ketika menyanyi  live.

Wanna Ali sebelum ini mulai dikenali sebagai penyanyi. Namun  semakin dia terlibat dalam dunia hiburan profesional semakin dia sedar suara dia sebenarnya tak sedap dan selalu nyanyi kelaut ketika live.

Artikel Berkaitan:

Oleh kerana tidak mahu menyusahkan orang lain mendengar suaranya yang ke laut atau tak sedap itu, maka Wanna Ali terus melupakan karier nyanyiannya dan fokus kepada dunia lakonan.

Dia tak mahu netizen membuang masa untuk mengecam dia di media sosial selepas mendengar dia menyanyi.

Wanna Ali ternyata tidak mahu semua itu berlaku demi kebaikan semua pihak.

Bercakap kepada Mstar Online, Wanna berkata: “Karier nyanyian sudah lama saya lupakan, dan tak berniat untuk meneruskannya.”

“Kalau dengar saya nyanyi secara live, memang ke laut. Sebab tu saya takut orang akan kecam.”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version