Isu & Kontroversi

Suami kepada pelakon, Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas memfailkan permohonan supaya isterinya kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Menerusi laporan Harian Metro, permohonan tersebut difailkan oleh Mohamed Fahmi sebagai plaintif terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal selaku defendan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Noriah Zakaria, hari ini.
Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa). Awak boleh hubungi saya bila-bila masa. Saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat. ‘I love you sayang’. Saya sedia maafkan awak.
Ujar Fahmi, dia sudah berkali-kali menghubungi isterinya menerusi aplikasi WhatsApp. Namun, hanya sekali sahaja yang dibalas oleh isterinya dengan kenyataan mahu menghabiskan masa dengan keluarganya selain meminta Fahmi menghormati keputusannya. Susulan daripada itu, mahkamah menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula kes terhadap permohonan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
