Dalam pada itu, Persatuan Pencinta Haiwan Selangor (SPCA) menawarkan ganjaran RM10,000 bagi maklumat sah yang membawa kepada pengecaman dan pendakwaan individu yang bertanggungjawab atas perbuatan kejam memotong anggota badan haiwan di Universiti Malaya (UM).
Pengerusi SPCA Selangor, Christine Chin, berkata perbuatan kejam itu bukan saja mengerikan dan menyayat hati, tetapi juga perbuatan jenayah berat mengikut Akta Kebajikan Haiwan Malaysia 2015.
“Kami menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat yang boleh dipercayai untuk tampil ke hadapan. Bersama-sama kita memastikan keadilan untuk haiwan yang tidak bersalah ini dan mencegah tragedi masa depan.
“Walaupun punca sebenar perbuatan kejam itu tidak diketahui, insiden itu menekankan keperluan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah.
“Sama ada kecederaan berpunca daripada tindakan manusia atau interaksi haiwan sesat, adalah penting untuk menentukan fakta dan melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah bahaya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
