Site icon Kool FM

Segera lulus geran digital PKS


PETALING JAYA – Perbada­nan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diminta supaya ­menyegerakan proses kelulusan geran dan bantuan pendigitalan buat peniaga tempatan di bawah Inisiatif Geran Pendigitalan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Menteri Komunikasi dan Mul­timedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, lebih RM40 juta yang diperuntukkan menerusi inisiatif berkenaan, yang dise­diakan di bawah Bajet 2021 perlu diluluskan pada tahun ini.

“Saya tegaskan agar se­tiap permohonan mesti dipro­ses dan keputusan diperoleh dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari,” katanya menerusi ciapan di Twitter semalam.

Terdahulu, Annuar mengha­diri sesi taklimat rasmi di MDEC Putrajaya.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi­media, Datuk Zahidi Zainul Abi­din dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadzir Aziz.

Sesi berkenaan membincangkan inisiatif untuk mengintegrasikan negara dengan tekno­logi dan menyediakan peluang digital yang adil kepada rakyat, perniagaan serta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version