PETALING JAYA – Pendapatan OSK Holdings Berhad (OSKH) bagi suku ketiga tahun kewangan 30 September 2022 melonjak sebanyak 58 peratus kepada RM347.1 juta berbanding RM219.4 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Peningkatan ini dipacu oleh sumbangan daripada segmen hartanah dan juga perkhidmatan kewangan.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Ong Leong Huat berkata, keuntungan sebelum cukai (PBT) naik 47 peratus tahun ke tahun YoY kepada RM131.4 juta berbanding tempoh sama tahun kewangan 2021.
“Prestasi bagi tempoh enam bulan diperkukuhkan oleh momentum pemulihan yang disokong oleh normalisasi ekonomi.
“Secara keseluruhannya, prestasi Kumpulan telah menunjukkan perkembangan yang menggalakkan kembali seperti sebelum pra pandemik.
“Ini adalah satu peningkatan yang terpuji dan kami akan terus menerima pakai pengurusan risiko ‘pre-emptive’ dan mengambil langkah mengoptimakan margin/kos sebagai komponen utama kepada strategi pertumbuhan masa depan Kumpulan,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: