Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Segmen MICE di Pulau Pinang bakal pacu pendapatan RM2 bilion

today5 May 2026

Background


SEBERANG PERAI – Pulau Pinang menyasarkan lebih 3,000 acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) dianjurkan sepanjang tahun ini dengan anggaran impak ekonomi melebihi RM2 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, sasaran itu dibuat bersandarkan prestasi segmen tersebut yang memberangsangkan tahun lalu apabila lebih 3,000 acara direkodkan dengan impak ekonomi mencecah RM1.9 bilion.

Menurutnya, fokus kini bukan hanya kepada pelancong individu, sebaliknya memberi penekanan kepada segmen MICE yang mampu merangsang ekonomi tempatan secara signifikan.

“Kita mempunyai beberapa pusat konvensyen yang mempunyai kelebihan dari segi penganjuran program MICE  seperti di SPICE di Bayan Baru, Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) di George Town dan Pusat Konvensyen PICCA @ Butterworth Arena, selain hotel dengan dewan jamuan dan ruang pameran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: SITI NUR MAS ERAH AMRAN


Previous post