Kool FM

Segmen Open Bonet bakal pacu hasil tinggi Saudagaar Asia


BANGI – Saudagaar Asia Sdn. Bhd. (Saudagaar Asia) pengeluar produk makanan kegemaran ramai berasaskan coklat premium berjenama Choco Albab, me­nyasarkan jualan daripada segmen produk minumannya pada tahun ini mencecah kepada satu juta kotak berbanding 400,000 kotak tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Said Saiful Fazli berkata, syarikat kini melihat permintaan terhadap produk minumannya yang telah berada di pasaran, Belgian Choco Drink telah mendapat sambutan menggalakkan malah dikomersialkan pula melalui pengenalan konsep baharu iaitu Open Bonet yang dikenali sebagai Choco Albab Joy Station.

Menurut beliau, pertambahan nilai jualan itu juga dipacu oleh pelancaran produk minuman kopi pula iaitu Belgian Mocha Drink yang akan memberi tawaran pilihan pelbagai kepada peminat produk keluaran syarikat.

“Buat masa sekarang, kami memiliki kira-kira 95,000 pengedar dan 2,000 daripada mereka kini telah terlibat dalam perniagaan berkonsepkan Open Bonet yang mampu menjana…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version