KUALA TERENGGANU – Kumpulan TDM Berhad (TDM), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, merekodkan pendapatan sebanyak RM153.3 juta bagi suku ketiga tahun ini tumbuh 16 peratus berbanding RM132.1 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Pengarah Eksekutifnya, Najman Kamarudin berkata, peningkatan itu disumbangkan oleh sektor penjagaan kesihatan yang mencatat kenaikan pendapatan 38 peratus kepada RM78.1 juta berbanding RM56.4 juta bagi suku sama tahun sebelumnya.
“Sektor perladangan pula tidak banyak berubah iaitu RM75.1 juta berbanding RM75.7 juta dalam tempoh sama tahun lalu,” katanya di sini semalam.
Selain itu, Najman menerangkan, peningkatan pendapatan dalam sektor penjagaan kesihatan didorong pertambahan bilangan pesakit luar dan dalam wad masing-masing 13 peratus dan 65 peratus.
Jelasnya. perkhidmatan penjagaan kesihatan yang telah diperluas seperti Pusat Mata, Pusat Perubatan KMI Kuantan menunjukkan prestasi baik serta menyumbang kepada keputusan kewangan secara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
