Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sejarah Tercipta, Buletin Utama TV3 Bakal Bersiaran Dari Balai Berita Malam Ini

today21 October 2024

Background
Operasi Berita Rangkaian Media Prima Mula Bersiaran Dari Balai Berita Mulai 21 Oktober


Sejarah baharu tercipta, rancangan berita nombor satu Malaysia, Buletin Utama di saluran TV3 bakal bersiaran sepenuhnya dari Balai Berita NSTP, Bangsar bermula jam 8 malam ini.

Selepas lebih tiga dekad, operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad telah pun melabuhkan tirainya di Sri Pentas, Bandar Utama semalam, Ahad (20 Oktober 2024).

Baca Juga:

Penyiaran berita di semua rangkaian televisyen Media Prima bakal disalurkan sepenuhnya dari Balai Berita, Bangsar bermula hari ini.

Operasi di Balai Berita dilihat sebagai anjakan lebih dinamik dan relevan bagi Media Prima sebagai syarikat media yang inklusif di Malaysia.

“Kita akan sebumbung dengan semua platform media The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang juga antara jenama media di bawah Media Prima iaitu Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.

“Dengan perpindahan yang membabitkan studio dan sistem peralatan baharu, kami yakin dapat terus memenuhi aspirasi rakyat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post