Site icon Kool FM

Sejarah Tercipta! Messi Kini ‘GOAT’ Untuk Gol Terbanyak Di Piala Dunia

Lionel Messi


Lionel Messi mencipta sejarah pada Selasa malam apabila menyamai rekod Miroslav Klose sebagai GOAT (Terbaik Sepanjang Zama) sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia lelaki dengan 16 gol selepas meledak hatrik untuk membantu Argentina menewaskan Algeria 3-0.

Hatrik itu merupakan yang ke-11 dalam karier antarabangsanya, namun yang pertama di pentas Piala Dunia.

Pada usia 38 tahun, Messi turut menjadi pemain tertua yang pernah menjaringkan tiga gol dalam satu perlawanan Piala Dunia. Beliau dikeluarkan pada penghujung babak kedua dan menerima sorakan gemuruh daripada penyokong Argentina di Stadium GEHA Field at Arrowhead, Kansas City.

“Adalah satu penghormatan untuk berada dalam kelompok itu kerana apa yang mereka capai, berdiri sebaris dengan Klose dan Ronaldo (Brazil) yang juga berada di situ. Tetapi ia tidak membawa apa-apa makna,” kata Messi selepas perlawanan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version