Kool FM

Sejuk Dan Kabus Tebal, Keadaan Di Cameron Highlands Buat Netizen Tidak Sabar Untuk Berkunjung

Suasana yang sejuk dan dikelilingi alam semulajadi menjadikan Cameron Highlands destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk melancong. Bukan itu sahaja, banyak aktiviti boleh dilakukan di sini sambil nikmati keindahan alam semulajadi.

Beberapa pengguna Facebook telah berkongsi keadaan di Cameron Highlands semalam. Kabus tebal dan suhu mencecah 17°c di Cameron Highlands menjadi tumpuan orang ramai.

Dapat dilihat kabus tebal menyelubungi Cameron Highlands dan hanya dengan melihat gambar sudah dapat bayangkan rasa dingin seperti berada di luar negara. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen rindu mahu berkunjung ke Cameron Highlands dan merasai suasana seperti itu lagi.

Klik untuk baca artikel penuh.

Exit mobile version