KUALA LUMPUR – DMG Food Industry Sdn. Bhd. (DMG) bekerjasama dengan Dewan Perniagaan OKU Malaysia untuk menjayakan program Sejuta Kasih MyKu-Kiss yang menyokong golongan orang kelainan upaya (OKU) dalam bidang perniagaan.
Melalui kerjasama tersebut, syarikat menyasarkan penjualan sejuta kotak butter cookies (biskut mentega) di bawah jenama Myku-Kiss dalam tempoh enam bulan.
Pengurus Besar DMG, Dr. Hassan Saad berkata, ia melibatkan nilai jualan kira-kira RM5.9 juta, yang mana sebahagian daripadanya akan disumbangkan kepada Dewan Perniagaan OKU untuk manfaat kumpulan memerlukan.
“Produk ini dijual di semua segmen peruncitan termasuk online pada harga RM5.90 sekotak dan kami akan turut menghantarnya ke semua cawangan Dewan Perniagaan OKU di seluruh negara untuk diedarkan.
“Kami yakin produk ini akan mendapat sambutan baik dengan sokongan ahli Dewan Perniagaan OKU dan bercadang untuk memperluaskan lagi projek-projek kerjasama seumpama ini untuk memberi manfaat kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
