Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita bukan warganegara tidak memakai pelitup muka dan telah dikenakan denda sebanyak RM3,000.
Hal tersebut mendapat perhatian ramai dan ada netizen menzahirkan rasa tidak puas hati kerana nilai yang dikenakan dilihat ‘sedikit’.
Mana tidaknya, ada individu yang dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 sebelum ini kerana meletakkan pelitup muka di dagu.
Lantaran itu, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memberi penjelasan berkait kompaun RM10,000 ke atas individu yang tidak memakai pelitup muka dengan betul.
Kompaun RM10k kerana memakai mask di dagu dikeluarkan pada 12/3/21 selaras dengan ketetapan Ordinan Darurat ketika itu (max RM10k/person, RM50k/organisation). Pada 17/3/21 satu garis panduan untuk penetapan nilai kompaun yang lebih munasabah telah diumumkan. pic.twitter.com/y3arerXyPx
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj)
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
