
Harga minyak mentah dunia kembali melonjak melepasi paras $100 setong berikutan kegagalan rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Laporan BBC mendedahkan ketegangan ini semakin memuncak apabila Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan rancangan untuk menyekat pelabuhan-pelabuhan di Iran, yang sekaligus mencetuskan kebimbangan bahawa krisis tenaga global akan menjadi lebih buruk.
Sebelum ini, harga minyak sempat turun ke paras sekitar $90 pada 8 April selepas kedua-dua negara bersetuju dengan gencatan senjata bersyarat selama dua minggu, yang turut melibatkan pembukaan semula Selat Hormuz.
Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila Komando Pusat AS (Centcom) mengumumkan bahawa sekatan ke atas lalu lintas kapal yang masuk dan keluar dari pelabuhan pesisir Iran akan dilaksanakan secara menyeluruh terhadap kapal dari semua negara.
Centcom turut menjelaskan bahawa mereka tidak akan menghalang kapal yang melalui Selat Hormuz asalkan ia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: