Site icon Kool FM

Sekolah Bertingkat Bakal Diperkenal Untuk Bantu Kawal Masalah Kepadatan Murid Di Bandar


Menerusi laporan Bernama, Anwar berkata inisiatif itu bukan saja dapat mengoptimumkan penggunaan sumber dan infrastruktur pendidikan tetapi juga memastikan persekitaran pembelajaran lebih kondusif untuk murid serta guru.

“Inisiatif seperti sekolah angkat dengan dukungan rakan strategik korporat akan diperluaskan bagi membuka lebih banyak peluang pembelajaran kepada murid, terutama dalam bidang kemahiran digital dan daya cipta,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Difahamkan, perkara berkenaan adalah inti pati mesyuarat Perdana Menteri bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan di Putrajaya, semalam.

Tambah beliau, dengan era digital dan kecerdasan buatan (AI), sistem pendidikan negara perlu berkembang seiring perubahan teknologi dengan pendidikan digital akan terus diperkasakan agar murid memperoleh kemahiran teknologi yang diperlukan untuk masa depan.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version