Site icon Kool FM

Sekolah Boleh Ditutup Jika Suhu 37 Darjah Celcius Tiga Hari Berturut-turut

Sekolah Boleh Ditutup Jika Suhu 37 Darjah Celcius Tiga Hari Berturut-turut


Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh menyatakan pihak pentadbir dibenarkan menutup operasi sekolah sekiranya cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Menurut beliau, perkara berkenaan antara garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) sejak 2023 dan boleh diguna pakai sekiranya keadaan cuaca panas dan kering semakin meruncing, petik Berita Harian.

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah mempunyai pengalaman yang mencukupi bagi menangani isu yang kita hadapi sekarang (cuaca panas dan kering).

“Sememangnya kita tahu bahawa hal ini juga menjadi satu cabaran bagi KPM untuk memastikan keselesaan dan juga kesihatan anak-anak,” katanya hari ini.

Tambah beliau, semua aktiviti luar di sekolah juga perlu dihentikan buat sementara waktu sekiranya suhu melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah merentas desa, perkhemahan,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version