Tidak menghairankan, sekiranya sekolah Cina makin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa kaum lain untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di situ. Hal ini kerana, mempelajari pelbagai bahasa memberi kelebihan besar yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak mereka nanti.
Berdasarkan petikan berita Sinar Harian, kini sedang berlakunya trend peningkatan ibu bapa bukan Cina menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Baca juga: TOP 20 Sekolah Terbaik SPM, Maahad Tahfiz Negeri Pahang Di Tempat Pertama!
SEKOLAH CINA

Gambar: muka depan Sinar Ahad
Berdasarkan data Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) serta Kementerian Pendidikan (KPM), jumlah murid bukan Cina di SJKC pada 1989 seramai 17,309 bersamaan 3.05 peratus sebelum meningkat kepada 52,043 pada 1998 iaitu 8.66 peratus.
Jumlah tersebut melonjak kepada 72,443 pada 2010 (11.84 peratus) dan 101,011 (19.75 peratus) pada 2020.
Baca juga: 5 Cara Didik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: