Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sekolah Di Daerah Serian Diarah Tutup Serta-Merta Hari Ini

today24 September 2026

Background
Jerebu Teruk: Sekolah Di Daerah Serian Diarah Tutup Serta-Merta Hari Ini


Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak mengumumkan penutupan sementara semua sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian berkuat kuasa hari ini, Khamis, 24 September 2026.

Langkah tersebut diambil berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan berkenaan yang direkodkan berada pada tahap tidak sihat setakat jam 10.00 malam, Rabu (23 September 2026).

Menurut kenyataan rasmi JPN Sarawak, sepanjang tempoh penutupan ini, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.

Pelaksanaan PdPR adalah tertakluk kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016 mengenai Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana.

Sementara itu, bagi sekolah-sekolah yang terletak berhampiran daerah yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 200, pihak Pengetua dan Guru Besar diberi kebenaran untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post