PETALING JAYA – Pemaju projek Residensi Wilayah Aman Lumayan, Danau Lumayan Sdn. Bhd. sedia mempertimbangkan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya diwujudkan sekolah vertikal di kawasan berkenaan.
Pengarah Urusan Danau Lumayan, Shahril Reza Shaheen berkata, saranan Perdana Menteri adalah langkah itu bagi menampung keperluan penduduk residensi itu serta kawasan sekitarnya.
Bagi mencapai hasrat itu, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Wilayah Persekutuan bagi meneliti semula beberapa keperluan selaras dengan konsep perumahan madani.
“Jika ada ruang, kita akan teliti semula keperluan untuk bina sekolah di tapak Aman Lumayan atau dibina di kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Projek Residensi Wilayah Aman Lumayan di Cheras hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri ketika berucap merasmikan projek itu mahu perumahan melebihi 3,000 unit dilengkapi kemudahan pendidikan dari pra sekolah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: