PETALING JAYA – Kenanga Research meramalkan pertumbuhan perbelanjaan pengiklanan (adex) yang lebih konservatif tahun ini pada 2.8 peratus, berbanding pertumbuhan sebenar sebanyak 8.6 peratus tahun lalu disebabkan gabungan kurangnya peristiwa utama dan isyarat halangan makroekonomi global.
Katanya, pihaknya melihat adex lebih lemah pada suku tahun kedua ini kerana sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri tiba lebih awal boleh mengakibatkan pengiklan menumpukan perbelanjaan mereka pada suku tahun pertama.
“Ketika sentimen pengguna bertambah baik, tekanan inflasi dan kebimbangan kemelesetan terus mengeruhkan prospek ekonomi global, seterusnya melemahkan sentimen keseluruhan.
“Keuntungan pemain media utama dijangka menyederhana bagi suku tahun kedua 2023 disebabkan kekurangan pemangkin untuk menarik pengiklan,” katanya dalam nota kajian semalam.
Bagi segmen media tradisional, firma berkenaan meramalkan pertumbuhan adex setahun penuh yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
