PETALING JAYA – Industri media dijangka terus berdepan laluan mencabar, ketika pertumbuhan memberangsangkan dalam perbelanjaan pengiklanan (adex) tahun ini dilihat terus dibelenggu dengan peningkatan kos operasi.
Penganalisis Kenanga Investment Bank Berhad, Ahmad Ramzani Ramli menerusi nota kajian yang diterbitkan semalam berkata, menuju ke hadapan, pihaknya menjangkakan pertumbuhan adex akan berterusan sehingga hujung tahun, disokong kempen pengiklanan untuk musim perayaan dan acara sukan berprofil tinggi, iaitu Piala Dunia 2022.
“Kami mengunjurkan pertumbuhan adex yang lebih perlahan tahun depan, memandangkan jangkaan kelembapan pasaran dan sentimen pengguna yang lebih lemah,” katanya.
Menurut Ahmad Ramzani, pihaknya mengunjurkan pertumbuhan adex sebanyak 10.9 peratus bagi tahun 2022.

Jelasnya, ia bakal dipacu oleh pertumbuhan berterusan media digital, yang merekodkan pertumbuhan 41.1 peratus tahun ke tahun setakat separuh tahun pertama 2022, selain kebangkitan semula…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
