Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Sektor pelancongan Pulau Pinang pamer momentum luar biasa

today6 May 2025

Background


GEORGE TOWN – Sektor pelancongan Pulau Pinang terus menunjukkan momentum luar biasa apabila berjaya mengatasi pencapaian era prapandemik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi pelancongan utama di rantau ini.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai berkata, prestasi memberangsangkan itu mencerminkan keyakinan pelancong tempatan dan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap Pulau Pinang, hasil usaha berterusan kerajaan negeri dan sokongan padu pihak industri.

”Data terkini menunjukkan Bukit Bendera mencatat 426,308 pengunjung pada suku pertama 2025, melebihi rekod 421,027 pada tempoh sama tahun 2019.

”Ini jelas membuktikan pemulihan pelancongan bukan sahaja berlaku, tetapi mengatasi tahap sebelum pandemik,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hon Wai, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pula kini menjadi lapangan terbang kedua tersibuk di Malaysia selepas KLIA, dengan 320 penerbangan antarabangsa mingguan, peningkatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: SAFINA RAMLI


Previous post