Site icon Kool FM

Sektor penerbangan terus berdaya tahan


PETALING JAYA – Sektor pener­bangan domestik dilihat akan terus mencatatkan pemulihan memberangsangkan tahun ini, disokong pertumbuhan trafik penumpang, penyederhanaan harga bahan api jet dan harga tiket penerbangan yang dijangka kekal tinggi, menurut Maybank Investment Bank.

Penganalisisnya, Yin Shao Yang dalam nota penyelidikan semalam berkata, tahun 2022 meru­pakan tempoh mencabar buat industri pener­bangan Malaysia yang bergelut dengan gelombang varian Delta dan O­micron, nilai ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat dan harga bahan api jet yang melambung tinggi.

“Kami berpandangan positif kepada industri penerbangan Malaysia tahun ini dan menjangkakan trafik penumpang akan terus pulih dengan lebih banyak pesawat akan kembali berkhidmat, manakala harga bahan api jet menurun berikutan harga minyak mentah Brent yang lebih rendah.

“Pada masa sama, tambang penerbangan pula kekal tinggi disebabkan jumlah pesawat yang dikendalikan syarikat penerba­ngan kini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version