Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sekumpulan Anti-KK Mart Dirakam ‘Tersalah’ Kedai Semasa Buat Protes

today23 March 2024

Background
Sekumpulan 'Anti-KK Mart' Dirakam Tersalah Kedai Semasa Buat Protes


Kemarahan orang ramai terhadap isu stoking mempunyai kalimah Allah terus membara. Tiada tanda-tanda kemarahan terhadap KK Mart akan reda dalam masa terdekat.

Baru-baru ini tular satu klip yang membuat netizen geli hati, di mana satu kumpulan dirakam sedang membuat protes. Berdasarkan plakad yang dijulang, protes itu dipercayai terhadap KK Mart.

Baca Juga:

Bagaimanapun protes itu bukan dibuat di kedai serbaneka berkenaan, sebaliknya ia dibuat di hadapan pasar mini 99 Speedmart.

Video asal dimuat naik daripada Instagram Story @amsyar.bundle dan telah dikongsikan semula di laman X.com @AdwinWidanta.

Ramai berasa geli hati melihat video pendek berdurasi 13 saat tersebut.

Dalam pada itu ramai memberikan andaian mengapa mereka membuat protes di hadapan kedai yang salah.

Ada mendakwa terdapat kemungkinan tiada KK Mart berhampiran di kawasan itu.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post