Site icon Kool FM

‘Selagi Ada Rakyat Miskin, Bangunan Megah Pencakar Langit Tidak Bermakna’ – Sultan Perak

'Selagi Ada Rakyat Miskin, Bangunan Megah Pencakar Langit Tidak Bermakna' – Sultan Perak


Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, agenda menoktahi kemiskinan menjadi salah satu matlamat untuk menjamin kesejahteraan sosial rakyat, lapor MalaysiaGazette.

Baginda bertitah, usaha pembasmian kemiskinan bukan sekadar memberi fokus kepada peningkatan pendapatan, tetapi turut mengambil kira kualiti dan kesejahteraan hidup; direalisasikan dengan menyediakan jaringan keselamatan sosial yang kukuh serta perkhidmatan penjagaan kesihatan yang baik.

Artikel Berkaitan:

“Bangunan megah mencakar langit tidak memberi makna sekiranya masih ada rakyat yang terpaksa mengikat perut, mencatu makanan dan tidur berbumbung langit.  Selagi ada rakyat yang miskin, usaha membasmi kemiskinan wajib diteruskan.

“Menoktahi kemiskinan tegar menjadi tumpuan Kerajaan Beta di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030, dengan matlamat mengagihkan kekayaan negeri seadil-adilnya untuk dinikmati oleh setiap rakyat,” titah baginda.

Dalam usaha memakmurkan negeri, kesalingan hubungan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version