Dalam senyap-senyap, Suhaimi Saat memaklumkan dia kini bakal tiba dengan sebuah album nasyid bersama isterinya, Ina Naim juga anak-anak mereka.
Namun berita gembira bagi Suhaimi tersebut dikritik netizen.
Yelah, baru sahaja kecoh dirinya menawarkan perkhidmatan mengurut di laman mencari pasangan sejenis, Grindr. Kini, ada juga yang membuat spekulasi album barunya dibuat menggunakan duit i-Sinar daripada isterinya Ina Naim.

Paparan skrin komen daripada individu yang terbabit dikongsinya di laman Facebook baru-baru ini.
Kecaman terus dilontarkan dengan mengaitkan isu Suhaimi yang tidak membenarkan anak-anak bersekolah.
“Guna duit i-Sinar bini buat lagu.. dah la tak bagi anak-anak sekolah..”
Menurut sebuah portal hiburan, Suhaimi dikatakan memberi amaran kepada individu tersebut yang dianggap ingin menumpang populariti dirinya.
“Yang ni nak tumpang glamour ke nak mintak surat saman? Aku pun ada KWSP, royalty, bisnes dan duit upah urut…”
Biasalah bila diri dikenali, pasti ada sahaja suara-suara yang akan berbunyi mungkin dengan niat menegur namun dilihat agak kasar.
Apa pun, moga album Suhaimi berjaya mendapat sambutan! Musim pandemik ni, elakkan keluar rumah ya!
Baca juga:
Kecoh Video Wanita Hamil 7 Bulan Jatuh Ketika Tunggang Kuda, Dikecam Tak Sayang Baby
Sumber: Facebook