
Membantu meringankan beban isteri merupakan salah satu tanggungjawab seorang suami selepas berkahwin. Bagi wanita pula, memiliki suami yang rajin merupakan ‘bonus’ buat mereka sepanjang melayari bahtera rumah tangga.
Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Adlina telah memuat naik satu video kejutan buat suaminya. Menurut Adlina, suaminya seorang yang rajin dan sentiasa membantunya dalam menguruskan kerja rumah.
Menurut Adlina, suaminya setiap hari akan membantunya melakukan kerja rumah. Oleh sebab itu, dia ingin memberi hadiah paling istimewa buat suami tercinta sebagai tanda penghargaan dan penat lelah si suami. Adlina telah menghadiahkan Playstation 5 buat suaminya.