Untuk rekod, operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad bagi saluran TV3, 8TV, TV9 dan Didik TV akan beralih lokasi dan bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar mulai hari ini, Isnin (21 Oktober 2024) sejajar dengan perpindahan operasi kesemua platform berkenaan ke premis yang diubah suai itu.
Menerusi laporan Harian Metro, Penasihat Eksekutif, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Jasbant Singh berkata, penyiaran semua siaran buletin daripada TV3, TV8, TV9, termasuk TV Didik yang bersiaran di Balai Berita NSTP adalah detik bersejarah bagi rangkaian televisyen Media Prima khususnya selepas lebih tiga dekad beroperasi di Sri Pentas.
Kata beliau lagi, operasi di Balai Berita NSTP dilihat juga sebagai lebih dinamik dan relevan bagi Media Prima sebagai sebuah syarikat media yang inklusif di Malaysia.
“Kita akan sebumbung dengan semua platform media di NSTP yang juga antara jenama media di bawah Media Prima iaitu Harian Metro,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
