Fungsi bonggol pada jalan raya untukmengurangkan kelajuan kenderaan yang melalui sesuatu kawasan bagi tujuan keselamatan.
Bagaimanapun, satu kawasan perumahan di Melaka telah mencuri perhatian netizen apabila setiap selang satu rumah, ada bonggol diletakkan di hadapan rumah penduduk di situ.
Baca Juga:
Situasi itu dirakam oleh TikTok @ellyschubbyss yang kebetulan melalui satu kawasan perumahan di Sungai Udang, Melaka.
@ellyschubbyss Terpaling banyak bongol penah lalu #melaka #sungaiudang #sungaiudangmelaka
Menerusi komen-komen dikongsikan netizen, didapati bonggol tersebut dibuat sebegitu kerana banyak kenderaan yang dibawa laju apabila melalui kawasan tersebut.
Difahamkan terdapat sekolah berhampiran kawasan perumahan berkenaan.
“Jadi memang eloklah buat bonggol macam ini. Risau budak-budak yang ada di luar rumah,” ujar netizen.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: