Selepas mengumumkan kehadiran Umarbek Eshmurodov dan Ronnie Fernandez, Selangor terus menambah kekuatan pasukan dengan merekrut pemain sayap, Alvin Fortes.
Fortes merupakan pemain kelahiran Rotterdam, Belanda tetapi memilih untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Cape Verde kerana bapanya merupakan keturunan negara tersebut.
Artikel Berkaitan:
Perkembangan terkini mengenai kehadiran pemain berusia 29 tahun itu disahkan laman sesawang rasmi Selangor FC, sebentar tadi.
Asia nyata bukan asing buat Fortes kerana beliau sebelum ini pernah beraksi bersama FC AGMK Olmaliq (Uzbekistan) pada musim 2021/22 serta Ratchaburi (musim 2022) dan kemudiannya dipinjamkan ke Nongbua Pitchaya (Thai League 2) pada musim lalu.
Bersama AGMK, Fortes turut pernah beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan menjaringkan empat gol pada 25 penampilannya dengan kelab tersebut.
Ketika berkelana di Thailand, beliau telah membuat 35 penampilan dimana 22 daripada sewaktu bersama Ratchaburi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: