Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selangor FC Umum ‘Tarik Diri’ Ke Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 Menentang JDT

today9 May 2024

Background


Menurut posting yang dimuat naik oleh Selangor FC menerusi media sosial rasmi mereka sebentar tadi, aspek keselamatan menjadi perkiraan utama buat Selangor FC yang mengambil keputusan menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Walaupun berat, keputusan itu dianggap wajar bagi menjamin keselamatan pemain selepas bintang utamanya, Faisal Halim menjadi mangsa serangan simbahan asid, baru-baru ini.

“Selangor FC telah mengambil maklum keputusan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) untuk tetap meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei 2024 ini.

“Setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post