Pasukan Selangor mahu memberi fokus terhadap proses pemulihan Faisal Halim terlebih dahulu berbanding memikirkan bila pemain itu akan kembali beraksi.
Perkara ini dinyatakam oleh Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar dimana Faisal ada bertanya mengenai perkembangan pasukan ketika menerima rawatan di hospital.
Baca Juga:
“Dia ada bertanya kepada isterinya (berkenaan Piala Sumbangsih). Tetapi, buat masa ini macam saya kata, kita tak nak pemikiran dia terganggu.
“Kalau ikutkan Faisal ini seorang yang sangat teliti, sering bertanya apa terjadi. Sekarang ini kita nak fokus kepada pemulihan dia dahulu,” katanya.
Dalam masa yang sama, Shahril menyatakan Faisal sudah dipindahkan ke wad biasa selepas lebih seminggu diletakkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya kini semakin stabil tetapi masih memerlukan penjagaan rapi.
“Alhamdulillah hari ini (semalam) Faisal sudah dipindahkan dari ICU ke wad biasa. Tetapi, masih lagi tidak dibenarkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: