Kemarau kemenangan di tempat lawan berterusan apabila Selangor FC (SFC) hanya mampu mencatat keputusan 1-1 ketika menentang Sri Pahang pada aksi Liga Super 2024-2025 di Stadium Temerloh.
Skuad kendalian Nidzam Jamil itu terlebih dahulu membuka akaun jaringan seawal minit ketiga menerusi rembatan Alvin Fortes yang mudah menewaskan penjaga gol tuan rumah, Zarif Irfan.
Baca Juga:
Penyerang Selangor, Alvin Fortes membuka tirai jaringan di Temerloh dengan jaringan kedua beliau musim ini.
Sri Pahang FC 0-1 Selangor FC
3′ Fortes⚽️#DemiLigaKita #SRPSEL pic.twitter.com/CDLT3L1osY— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 31, 2024
Tersentak dengan jaringan itu, Tok Gajah bangkit mengandakan asakan namun berdepan masalah ketumpulan penyudah. Tidak banyak percubaan berbahaya dilakukan oleh tuan rumah.
Peluang terbaik Sri Pahang hadir menerusi rembatan dari luar kotak penalti oleh Manuel Hidalgo tetapi pemain import dari Argentina itu terus ke dakapan penjaga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: